• +6017-5422271
  • an-nasrplus@gmail.com
  • Isnin - Ahad : 0900 - 2200

Selamatkah minum air yang dimasak berulang kali ?

Ramai yang diantara kita rakyat Malaysia memasak air berulang kali untuk diminum. Maknanya sudah air sudah dimasak lalu minum . Ada lebihan di cerek dimasakkan lagi dan diminum lagi. Adakah minuman yang kita minum itu betul betul selamat untuk diminum ?

Jika kita ada air tulen deonised tidak mengapa untuk dimasak berulang kali tetapi kita menggunakan air dari paip untuk dimasak dan dimasak berulang kali untuk diminum.

Air paip atau air biasa kita gunakan mengandungi gas dan mineral yang tersendiri di dalam air tersebut. Okay hari ni kita belajar kimia tapi kita tak tahu kegunaan kimia dalam kehidupan seharian.

Apabila kita memasak air, komponen kimia di dalam air juga akan berubah kerana kita mendidih air pada takat didih iaitu 100 Celsius. Ini bermakna molekul molekul cecair akan berubah menjadi gas panas bertujuan untuk menghapuskan mikroorganisma dan juga toksik bahaya didalam air. Ini bermakna air yang dimasak lebih selamat diminum daripada air diminum dari air paip.


Jika kita memasak air terlalu lama atau secara berulang kali, sebatian kimia didalam air akan berubah. Ini akan menyebabkan sebatian kimia dalam air akan menjadi lebih pekat di dalam nitrate, arsenic dan flouride dan berisiko kepada masalah kesihatan.

Macam mana nak tahu kandungan mineral dalam air ? macam biasa kalau kita beli drinking water atau mineral water di kedai. Kita cuba melihat kandungan mineral atau orang-orang kita panggil bahan-bahan yang ada dalam air.
Contoh bahan mineral yang ada didalam air seperti


  • Magnesium
  • Calcium
  • Phosphorus
  • Natrium
  • Klorida
  • sulphate
  • dan 1% for untuk mineral lain-lain yang ada pada air

Kandungan mineral dalam Le Minerale


Mengikut pakar biomedical sains Anne Marie Helmenstine, Ph.D. , Dengan meningkatnya kepekatan bahan toksik akan berisikonya berlakunya masalah kanser seperti pemgambilan lebihan kepekatan nitrate akan berlakunya risiko penyakit
methemoglobinemia.

Salah satu risiko lain adalah pengambilan garam kalsium yang berlebihan akan berisiko berlakunya penyakit arteris, arthiris, dan juga penyakit buah pinggang . Garam Kalsium boleh dijumpai pada air mineral dan juga air minuman.

KESIMPULANNYA

Masak air yang dididih dan membenarkan air itu sehingga sejuk dan memasakkannya semula tidak menjejaskan masalah risiko kesihatan yang teruk.

Sebagai contoh kita menyimpan air didalam cerek , didihkan dan “topupkan” jika air sudah tahap rendah, jadi tidak berlakunya bahayanya kesihatan. Tetapi akan menjadi risiko bila kita membiarkan air itu menyejuk dimana akan menambahkan kepekatan mineral apabila kamu mendidihkan lagi. lebih baik didihkan sekali atau dua kali sahaja. Jika lebih akan memudaratkan kesihatan kita.

Rujukan Thoughco.com
Anne Marie Helmenstine, Ph.D.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top