• +6017-5422271
  • an-nasrplus@gmail.com
  • Isnin - Ahad : 0900 - 2200

Apa itu Vitamin C dan kepentingan Vitamin C

Vitamin C atau nama kimianya dipanggil asid ascorbic dan sumber yang terbaik untuk vitamin ada pada buah-buah dan juga sayur sayuran. Asid ascorbic adalah sejenis vitamin yang boleh larut Air.


Buah-buahan seperti oren, guava, dan juga sayur-sayuran yang paling senang kita dapat dalam hidup seharian kita. Siapa tak pernah makan sayur or buah kan. Mesti ada..


Fakta dalam myhealth portal menyatakan yang sebiji buah jambu batu mengandungi 206mg vitamin C manakala sebiji oren mengandungi sebanyak 59-83mg vitamin C.


Jadi,,kita minum fresh oren pun sudah ada vitamin c. Kita beli Peel Fresh Oren pun ada vitamin C. Sekali sekala kita cuba tengok berapa banyak nutrisi atau kandugan vitamin C dalam setiap produk air oren yang dibeli di kedai.


Nutirisi Vitamin C dan nutrisi lain dalam produk

Okay. Kita tengok salah satu produk air oren. Lihat nutrisi untuk Vitamin C setiap hidangan 38mg. so satu tu ada 38mg vitamin C.

Jadi sebelum membeli apa-apa produk boleh lah lihat kandungan nutrisi dia dulu yer.. untuk sihat dan kuat selalu.


Kepentingan Vitamin C ni pula adalah bagus untuk pembentukan kolagen.Kolagen? apa itu kolagen pulak..HmmmKolagen atau dalam aspek kecantikan membantu memberikan struktur kepada kulit.

Vitamin C ini juga dapat membantu untuk sembuhkan luka pada kulit dengan mengambil dos yang tinggi kerana Vitamin C merupakan pembentukan collagen yang bagus.

Tapi ingat jangan ambil vitamin C sehingga atas 2000mg. Sebab itu dekat farmasi hanya menjual Vitamin C 100mg, Vitamin C 500mg dan Vitamin C 1000mg. Jika mengambil dengan dos yang terlampau tinggi akan ada kesan sampingan.

Vitamin C ini juga mengandungi antioksida yang semulajadi yang membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan disebabkan oleh radikal bebas.
Ada lagi antioksida dan radikal bebas ? Hmm..nanti kita ceritakan tentang antioksida dan radikal bebas dalam artikel lain.

Jadi mari kita amalkan Vitamin C agar kita terus sihat dan kuat selalu




Rujukan :myhealthportal ,webmd

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top