• +6017-5422271
  • an-nasrplus@gmail.com
  • Isnin - Ahad : 0900 - 2200

Apa Khasiat Yang Ada Pada Ulam Raja?

Khasiat Yang Ada Pada Herba Ulam Raja


Ulam raja atau nama saintifiknya dipanggil Cosmos caudatus. Kalau kita orang kampung mahupun bandar mana cakap eh Jom makan Cosmos caudatus..Haha..igt tahi bintang ker.. Ulam Raja ni banyak digunakan untuk ubatan tradisional dan sesuai dimakan mentah-mentah bersama sambal belacan. Tak pun Budu..

saya panggil Ulam raja jelah yer..kalau ikut orang-orang research panggil cosmos caudutus. Okay, khasiat Ulam Raja ni baik untuk kesihatan kerana banyak sumber dari bioactive compund seperti ascorbic acid,quercetin dan chlorogenic . Jadi apa yaa?
Ulam raja ni banyak kegunaan dia sebagai ubat tradisional dulu-dulu..Tapi sekarang mungkin kita main makan ikut sedap jer walaupun tak tahu Ulam Raja ni bagus untuk kesihatan dan ubatan.

Jom kita selami khasiat Ulam Raja ni..

  • Sudah pasti untuk awet muda dan mengembalikan keremajaan kita walaupun umur kita sudah berumur 40-an 50-an
  • Melancarkan perjalan darah
  • Mengurangkan kesan penuaan atau dipanggil anti aging..kedut-kedut kat muka tu..
  • Untuk menguatkan tulang
  • Membantu menambahkan kandungan oksigen dalam darah


Banyak juga khasiat ulam raja ni yerr
Sis umur berapa sis? tanya seseorang pada aku
dah 55 tahun dah..Oh ye ke sis?? macam umur 30-an jer..Sebab saya makan Ulam Raja..bagi awet muda dan anti aging..

Ada lagi khasiat ulam raja ni..sebab ulam raja ni banyak mengandungi keupayaan antioksida yang tinggi. Apa tu antioksida?Sis tak tahulah..sis tahu awet muda jer..foundation serum je sis tahu..

Okay..Apa itu antioksidan. Secara ringkas antioksida ni lah yang membantu untuk memberhentikan atau mengurangkan sel-sel yang rosak dalam badan. Jadi nanti kita cerita lagi tentang antioksida dan free radical ( radikal bebas )

Okay kalau boleh kita dah didunia dihujung jari..Apa kata kira tahu serba sedikit tentang kesihatan dan kencantikan. Jangan main makan jangan main sapu jerr..
Khasiat Ulam Raja baik untuk kesihatan dan baik untuk ubatan tradisional.Tapi dah ada ker extract ulam raja ?

Lagi satu..Ulam Raja ni tak perlu dimasak sangat. Boleh dimakan mentah-mentah. Ada yang makan dengan sambal belacan, ada yang makan dengan budu.
Jadi jom kita amalkan bersama. Moga kita semua sihat dan kuat serta cantik selalu.

Rujukan : ncbi US National Libaray of Medicine

Scroll to Top